Kewajipan Suami Isteri dalam Menunaikan Keperluan Nafsu Pasangan Melalui Teknik Jimak yang Betul

Kewajipan Suami Isteri dalam Menunaikan Keperluan Nafsu Pasangan Melalui Teknik Jimak yang BetulRamai dikalangan kita terutama orang melayu yang mungkin masih ada beranggapan bahawa keperluan batin untuk bersetubuh ini adalah menjadi kewajipan kepada isteri untuk penuhi hasrat suami. Ya, itu sahaja. Tidak diketengahkan mengenai isu kewajipan para suami untuk memberikan kepuasan batin kepada para isteri yang sebenarnya menjadi satu penguat kasih sayang dan keharmonian rumah tangga.

Oleh sebab itu, suami dan isteri sebenarnya saling memainkan peranan dan perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kehendak dan keperluan pasangan sentiasa dipenuhi melalui cara yang betul dan terbaik. Jadi, pada kali ini abgshah ingin ketengah kan beberapa perkara yang mungkin agak sensetif tetapi masih tetap perlu disebut disini.

Ketahui Apa Tanggungjawab Seorang Suami untuk Jimak Isterinya

Terdapat banyak tanggungjawab seorang suami terhadap isteri masing-masing dan antaranya ialah memberikan nafkah batin. Ya, diantara tanggungjawab suami terhadap isteri yang paling utama sekali adalah memberi nafkah zahir dan batin, kerana ini adalah kewajipan semulajadi yang  dipertanggungjawabkan ke atas kaum lelaki tidak kaum wanita,walaupun kaum wanita atau isterinya bekerja. Termasuk ke dalam  erti kata  nafkah zahir ialah tempat tinggal, pakaian, makan dan minum juga keperluan perbelanjaan yang diperlukan oleh isteri.

Firman ALLAH didalam Al Quran surah An-Nisa ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita(isteri)oleh kerana ALLAH telah melebihkan mereka dengan  beberapa kelebihan daripada kaum wanita dan kerana kaum lelaki berkewajipan membelanjakan sebahagian daripada hartanya.”

Suami berkewajipan menyediakan keperluan yang diperlukan oleh rumah tangganya sekadar kemampuan. Disamping itu, ia berkewajipan juga memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya dan adik beradik sekadar kemampuan jika benar mereka memerlukannya, kerana perhubungan keluarga tidak terputus dengan perkahwinan.

Setelah berumahtangga, tanggungjawab terhadap isteri hendaklah diutamakan selain dari tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Walau bagaimanapun kedua-dua ini (isteri dan keluarga) adalah tanggungjawabnya yang tidak seharusnya diabaikan jika sekiranya dia berkemampuan.

Ya, begitulah asasnya  tanggungjawab suami terhadap isteri supaya rumah tangga penuh harmonis dan gembira.

Pelajari Apa Tanggungjawab dan Kewajipan Seorang Isteri dalam Menunaikan Kehendak Batin Suami

Rata-rata sudah mengetahui tentang perkara ini lebih-lebih lagi ianya sangat diguna pakai oleh adat orang melayu bagi menunjukkan betapa pentingnya seorang isteri melayan dan memuaskan nafsu suami bagi kesejahteraan rumah tangga. Menunaikan kehendak dan kemahuan suami untuk melakukan persetubuhan adalah dianggap  sebagai  kewajipan  isteri.

Ya, sebagai seorang isteri anda tidak seharusnya menolak kehendak suami untuk melakukan persetubuhan, bimbang dan takut dengan penolakan ini, sedangkan suaminya mempunyai nafsu yang kuat, maka ia akan melepaskan nafsu pada tempat yang tidak dihalalkan seperti berzina, onani dan sebagainya.

Bagaimana pula sekiranya si isteri mempunyai masalah kesihatan atau alasan tertentu dan tidak dapat memenuhi kehendak suami?

Walau bagaimanapun dalam masalah ini si isteri bolehlah memberitahu terlebih dahulu  kepada suaminya  tentang keadaan yang sebenarnya sama ada dari segi kesihatan dan sebagainya, sekurang-kurangnya untuk makluman suami dan perasaan timbang rasa darinya.

Tetapi isteri tidak boleh sama sekali menolak kemahuan suami kecuali pada ketika-ketika yang diharamkan seperti ketika kedatangan haid, siang hari di bulan Ramadan atau  ketika ihram dan sebagainya, maka pada ketika itu isteri berhak menolaknya.

Bahkan ada pendapat yang mengatakan bahawa menolak permintaan suami tanpa sebab yang diharuskan oleh syarak maka isteri itu adalah dianggap sebagai isteri yang nusyuz(derhaka).

Menyentuh soal isteri yang sedang mengandung,tidak ada nas yang melarangnya dari melakukan persetubuhan.

Cuma mungkin dilihat dari sudut kesihatan dan keselamatan, andainya tidakakan mendatangkan sebarang kesan maka tidaklah menjadi apa-apa kesalahan, tetapi kalau ditakuti atau diyakini akan mendatangkan kesan yang buruk sama ada terhadap isteri atau anak yang  dikandung  maka  pada  ketika itu lebih baik dijauhi dan dihentikan.

Tidak menjadi apa-apa kesalahan bagi suami isteri yang sah melakukan persetubuhan pada tiap-tiap hari bahkan si isteri hendaklah menunaikan kemahuan dan kehendak  suaminya untuk melakukan persetubuhan kerana ini adalah  kewajipan isteri terhadap suaminya.

Jimak antara Nikmat dan Tanggungjawab

Hubungan suami isteri sudah semestinya berlandaskan kasih sayang yang dapat disalurkan melalui nafsu terhadap suami isteri melalui pelbagai cara dan yang paling berkesan dan kuat ialah melalui hubungan badan iaitu jimak. Persetubuhan yang halal ini bukan sahaja sangat diredhai oleh Allah swt bahkan ianya berperanan besar dalam meneruskan legasi dan memperkembangkan ajaran islam di muka bumi ini dengan lahirnya khalifah-khalifah yang meneruskan panji-panji islam.

Oleh sebab itu ianya sangat dituntut bahkan dijadikan satu kewajipan bagi suami dan isteri untuk saling menuntaskan kewajipan dan keinginan nafsu mereka antara satu sama lain.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, terselit satu nikmat perhubungan yang sangat tinggi nilainya dan hanya dapat dirasai oleh mereka yang berkahwin sahaja. Perhubungan yang halal ini bukan sahaja menerbitkan hubungan kasih sayang yang semakin erat dan istimewa, bahkan ianya mampu menyatukan 2 jiwa menjadi 1.

Ya, keserasian hidup dan kefahaman lama kelamaan akan bertambah. Bila berhubungan badan, pasangan suami isteri akan lebih mengenali pasangan masing-masing terutama ketika berpeluk erat dan bercium. Hubungan halal ini memberikan ketenteraman jiwa yang sangat hebat. Oleh sebab itu, kita sangat disarankan untuk berkahwin bagi merasai kebahagian dan lebih merasai ketenangan jiwa dalam beribadat.

error: Content is protected !!